Sebaik sahaja aku menatap sepasang mata itu aku terus terpaku. Mengapa kami harus bertemu di sini. Sedangkan aku sudah jauh berlari...
“Awak ingat saya lagi?” tanya si dia kepadaku.
“Kenapa awak diam? Dah lama saya cari awak lepas peristiwa tu. Jawab Sha. Tolong jawab pertanyaan saya.”
“Apa lagi yang awak nak Riz? Tak cukup ke selama ni awak dah seksa hati saya? Sakit hati saya yang awak calarkan dulu belum pun terubat bisanya. Kenapa sekarang awak muncul kembali? Awak memang nak seksa saya lagi ke?”
Entah semangat apa yang mendorong aku untuk berkata begitu. Faris Iman, dulu aku pernah jadi awek dia lebih kurang setahun lebih. Tapi dia curang dengan aku. Mana Iza ni.. Tolong la selamatkan aku.
“Saya minta maaf. Saya rindu awak Sha. Saya minta maaf sebab buat awak mcm tu dulu.”
“Awak tak perlu minta maaf. Dah lama saya maafkan awak..Cuma satu je saya minta jangan ganggu hidup saya lagi.” Kata-kataku terhenti sebaik sahaja aku ternampak Iza menuju ke arah kami.
“Iza, jom kita pergi dari sini.” Terus aku menarik tangan Iza untuk berlalu dari situ. Iza terus sahaja mengikut jejak langkahku. Meski pun aku mendengar panggilannya, tetap juga aku terus melangkah. Kisah kami sudah berakhir.
Setelah agak jauh kami melangkah meninggalkannya iza mula bertanya kepadaku. Dengan riak tak puas hati pula tu. Entah apa yang dia fikir.
“ Apa lagi yang mamat tu nak?”
“ Entah. Aku malas nak ambil tahu. Aku tak tanya pun.”
“ Aku ingatkan kau bercakap dengan siapa tadi. Ingatkan Ayim. Rupanya Riz.”
“ Okey dah.. Cukup. Sekarang kita pergi main bowling. Aku dah gian ney.. Hehe. Tambah-tambah kalau kau yang belanja. Lagi aku suka.haha.”
“Banyak cekadak engkau. Kau ingat aku ni cop duit? “ Serius je muka Iza. Kononnya dah garang la 2..
“ Ala.. bulu ketiak kau kan mahal. Meh aku cabut pastu aku pergi celup dengan emas.. Gerenti boleh pajak. Engkau pun tak rugi apa-apa..” Ku terus ketawa sebaik berkata begitu.
“Auchh! Apa ni main sepit-sepit ketam. Sakit tau.” Aku memasamkan muka. Dalam hati tak sakit mana pun.
“Padan muka.. Cuba kau tengok sekeliling kau, semua orang tengok kau tahu. Ketawa mengalahkan mak lampir.”
Erk!!
JOIN NOW !!!
BalasPadamDan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
BURUAN DAFTAR!
dewa-lotto.name
dewa-lotto.cc
dewa-lotto.vip