Seminggu berlalu selepas pertemuan kami di pusat futsal. Hari ini aku telah berjanji dengan iza untuk menemaninya membeli belah a.k.a shopping. Dia ni memang kaki shopping. Tanyalah trend apa yg terbaru aku gerenti dia tahu. Aku memilih untuk memakai baju t-shirt and jeans. Sesuai dengan jiwa aku.. al maklumlah aku ni simple mimple je..
Sedang asyik menelek baju handphoneku berbunyi nyaring. Memang potong stim betul la. Tanpa melihat siapakah gerangannya aku terus menjawab..
“helo..kau ni iza memang tak boleh tengok aku senang ar.aku tengah bersiap la ney. Kang aku cancel kang.aku pakai baju pun belum.”
“eh awak!! Ni saya la..bukan iza..”ujar si pemanggil.
ERK!!! DAMN...malu siot...
“oo..awak ek??sorry la saya tak tengok tdi..hehe..sorry ye...” hahaha.. bantai gelak je aku ney.. kalau ikutkan hati mahunya aku menyorok belakang pintu.. ney bukan malu tahap cipan dah ni..
“ xpe. Awak brsiap la dulu..nanti saya call laen.”
“ok...saya letak dulu ek..sorry taw.salam.”
“waalaikummussalam...take care.”
Sejurus kemudian, iza sampai. Aku terus turun. Mencapai sneakers dan beg sandangku. Ni memang benda wajib la.. yang tak wajibnya make up. Yang tu memang aku lari awal-awal.
“weh, kita nak makan dulu atau bowling dulu pastu baru kita shopping?”
“aku tarak hal.. mana-mana dulu pun okey. Tapi aku rasa better main bowling dulu. Pastu shopping, last sekali baru makan.”
“okey juga idea kau.kita makan dekat Riz Cafe ek?? Rindu nak makan chicken chop..hehe..bley?”
“ok.”
Lepas tu iza terus bla...bla.bla... aku hanya mengiyakan atau menidakkan
10 minit kemudian kitorang sampai dekat CP a.k.a City Plaza.. iza masuk watsons. Katanya hendak membeli sun block. Aku mengambil keputusan untuk menunggunya di luar sahaja..boleh juga aku cuci mata.. tengok tudung terbaru.. sedang asyik aku memilih tudung, tiba-tiba satu suara menegurku...
“sha?”
Aku terus berpaling ke belakang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan