Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 5 Julai 2011

FAIZAL!!! Satu nama yang membuatkan aku meluat untuk mendengarnya. Dia merupakan bekas abang angkatku. Satu ketika dulu aku pernah menjadi adik angkatnya, tapi cuma sementara di sebabkan sikapnya yang keterlaluan.
Dia terlalu mengongkong aku dan mengambil tahu pasal aku.teringat kembali pertemuan kami semasa aku dan Iza di Shopping Mall. Ada penyelamat pula tu...
Ketika kami singgah di sebuah kedai yang menjual perfuma kedengaran suara faizal menegurku.
“ nur ilya shafeena.”
Aku hanya mendiamkan diri. Pasti ada kata-kata yang dia akan keluarkan untuk menyakitkan hatiku.
“ berjumpa juga kita dekat sini.”
“keluar sorang je? Tak de pakwe teman ke?” ujarnya dengan tersenyum sinis.
Melihat aku mendiamkan diri dia terus bertanya.
“ ke dah tak de orang nak dekat engkau. Tu la masa aku nak dekat engkau dulu engkau buat bodoh je dengan aku. Sekarang tengok, kau sorang-sorang juga.”
Tiba-tiba ada seseorang mencuit bahuku.
“sayang ada dekat sini rupanya. Puas abang cari tau.” Katanya sambil mengangkat kening seraya menggenggam tanganku.
“ sorry la. Sayang lupa nak bagi tahu abang yang sayang nak singgah dekat kedai ni.”
“ ni ke lelaki yang sayang pernah cerita dekat abang tu?”
“ yup.”
  jom la kita pergi. Kejap lagi lambat pula nak tengok wayang.” Ujarnya lalu terus menarik tanganku.
 Kami terus berlalu meninggalkan faizal keseorangan. Aku merasa bersyukur kerana ayim telah menyelamatkan keadaan.
“ awak, thanks ek coz awak dah selamatkan saya.”
“tak pe. Dah memang tugas saya.sape lelaki tu?”
“ dia bekas abang angkat saya.”
“ awak datang sorang je? Bukan ke awak patutnya pergi picnic dengan kawan-kawan awak?
“ saya datang dengan makwe saya la. Dia ajak saya temankan dia shopping.”
“owh. Tak pe la kalau macam tu. Saya dah lambat ni. Nanti member saya cari saya pula.
“okey. Bye.”

Selasa, 21 Jun 2011

cinta ku tunggu kepulanganmu

Sebaik sahaja aku menatap sepasang mata itu aku terus terpaku. Mengapa kami harus bertemu di sini. Sedangkan aku sudah jauh berlari...
“Awak ingat saya lagi?” tanya si dia kepadaku.
“Kenapa awak diam? Dah lama saya cari awak lepas peristiwa tu. Jawab Sha. Tolong jawab pertanyaan saya.”
“Apa lagi yang awak nak Riz? Tak cukup ke selama ni awak dah seksa hati saya? Sakit hati saya yang awak calarkan dulu belum pun terubat bisanya. Kenapa sekarang awak muncul kembali? Awak memang nak seksa saya lagi ke?”
Entah semangat apa yang mendorong aku untuk berkata begitu. Faris Iman, dulu aku pernah jadi awek dia lebih kurang setahun lebih. Tapi dia curang dengan aku. Mana Iza ni.. Tolong la selamatkan aku.
“Saya minta maaf. Saya rindu awak Sha. Saya minta maaf sebab buat awak mcm tu dulu.”
“Awak tak perlu minta maaf. Dah lama saya maafkan awak..Cuma satu je saya minta jangan ganggu hidup saya lagi.” Kata-kataku terhenti sebaik sahaja aku ternampak Iza menuju ke arah kami.
“Iza, jom kita pergi dari sini.” Terus aku menarik tangan Iza untuk berlalu dari situ. Iza terus sahaja mengikut jejak langkahku. Meski pun aku mendengar panggilannya, tetap juga aku terus melangkah. Kisah kami sudah berakhir.
Setelah agak jauh kami melangkah meninggalkannya  iza mula bertanya kepadaku. Dengan riak tak puas hati pula tu. Entah apa yang dia fikir.
“ Apa lagi yang mamat tu nak?”
“ Entah. Aku malas nak ambil tahu. Aku tak tanya pun.”
“ Aku ingatkan kau bercakap dengan siapa tadi. Ingatkan Ayim. Rupanya Riz.”
“ Okey dah.. Cukup. Sekarang kita pergi main bowling. Aku dah gian ney.. Hehe. Tambah-tambah kalau kau yang belanja. Lagi aku suka.haha.”
“Banyak cekadak engkau. Kau ingat aku ni cop duit? “ Serius je muka Iza. Kononnya dah garang la 2..
“ Ala.. bulu ketiak kau kan mahal. Meh aku cabut pastu aku pergi celup dengan emas.. Gerenti boleh pajak. Engkau pun tak rugi apa-apa..”  Ku terus ketawa sebaik berkata begitu.
“Auchh! Apa ni main sepit-sepit ketam. Sakit tau.” Aku memasamkan muka. Dalam hati tak sakit mana pun.
“Padan muka.. Cuba kau tengok sekeliling kau, semua orang tengok kau tahu. Ketawa mengalahkan mak lampir.”
Erk!!

Isnin, 20 Jun 2011

cinta ku tggu kepulanganmu

Seminggu berlalu selepas pertemuan kami di pusat futsal. Hari ini aku telah berjanji dengan iza untuk menemaninya  membeli belah a.k.a shopping. Dia ni memang kaki shopping. Tanyalah trend apa yg terbaru aku gerenti dia tahu.  Aku memilih untuk memakai baju t-shirt and jeans. Sesuai dengan jiwa aku.. al maklumlah aku ni simple mimple je..
Sedang asyik menelek baju handphoneku berbunyi nyaring. Memang potong stim betul la. Tanpa melihat siapakah gerangannya aku terus menjawab..
“helo..kau ni iza memang tak boleh tengok aku senang  ar.aku tengah bersiap la ney. Kang aku cancel kang.aku pakai baju pun belum.”
“eh awak!! Ni saya la..bukan iza..”ujar si pemanggil.
ERK!!! DAMN...malu siot...
“oo..awak ek??sorry la saya tak tengok tdi..hehe..sorry ye...” hahaha.. bantai gelak je aku ney..  kalau ikutkan hati mahunya aku menyorok belakang pintu.. ney bukan malu tahap cipan dah ni..
“ xpe. Awak brsiap la dulu..nanti saya call laen.”
“ok...saya letak dulu ek..sorry taw.salam.”
“waalaikummussalam...take care.”
Sejurus kemudian, iza sampai. Aku terus turun. Mencapai sneakers dan beg sandangku. Ni memang benda wajib la.. yang tak wajibnya make up. Yang tu memang aku lari awal-awal.
“weh, kita nak makan dulu atau bowling dulu pastu baru kita shopping?”
“aku tarak hal.. mana-mana dulu pun okey. Tapi aku rasa better main bowling dulu. Pastu shopping, last sekali baru makan.”
“okey juga idea kau.kita makan dekat Riz Cafe ek?? Rindu nak makan chicken chop..hehe..bley?”
“ok.”
Lepas tu iza terus bla...bla.bla... aku hanya mengiyakan atau menidakkan
10 minit kemudian kitorang sampai dekat CP a.k.a City Plaza.. iza masuk watsons. Katanya hendak membeli sun block. Aku mengambil keputusan untuk menunggunya di luar sahaja..boleh juga aku cuci mata.. tengok tudung terbaru.. sedang asyik aku memilih tudung, tiba-tiba satu suara menegurku...
“sha?”
Aku terus berpaling ke belakang..

cinta ku tunggu kepulanganmu part 3

“ korang ni. Mana ada.” Jawab kami serentak. Dan serentak dengan itu juga, lapan pasang mata terpaku di hadapan kami dengan tersenyum simpul.
“ hahaha.. kan dah cakap. Kau tengok, jawab pun serentak. Memang sehati sejiwa ar korang ni.”ujar iza...
“ kami setuju.” Sambung Adif lantas mentertawakan kami.
Aku dengan ayim masing-masing hanya mendiamkan diri kerana malu di usik begitu. Padahal kalau ikutkan hati mahunya aku sumbat lapan-lapan orang ni dalam tin sardin..
“ sudahlah tu mengusik diorang. Kitorang nak minum-minum kat depan tu. Korang nak join tak?” ujar aisya kepada rakan- rakan ayim.
“ boleh je. Jom ah.”
“ ha... yang korang berdua ni tak reti-reti nak bangun? Ke kau nak ayim angkat kau sha?”sergah aisya kepada kami.
“ hoi... kau ni pandai-pandai je. Aku cili mulut kau dengan lada benggala baru kau tahu tak pun aku marinate dengan seasoning..” seraya aku aku menjawab.GERAM!!!!
“eh,ada orang 2 telinga da berasap la...hahaha.”
Aku terus mengejar iza. Niatku untuk mencubitnya. Tetapi malangnya aku terjatuh dan lebih teruk lagi apabila aku tertarik tangan ayim yang aku sangkakan aisya.
“ aduh!” Aku terus menolak badannya ke tepi.
“ awak okey ke?”
“ okey. Awak?
“ okey. Tak luka pun.”
“ saya minta maaf ek. Tak sengaja. Saya ingatkan awak ni aisya. Saya tertarik”
“tak pe... janji awak okey...”
“ ehem-ehem... udah-udah dong. Mata gue sakit bangat melihat sinetron swasta.” Usik iza.
“ kau diamlah. Kalau tak kerana kau, aku tak jatuh tau. sakit tau.”
 “ okey. Aku minta maaf sangat-sangat dekat adik kecik ni.”
“ banyak cekadak engkau. Aku tak kira. Kau kena belanja aku makan.”
“ kau ni dah kira mengambil kesempatan dalam kesempitan dah ni”
“ tak kira. Aku kan tengah menjadi anak terbuang sekarang. Mak dengan ayah aku kan tak de dekat rumah. So, kau je la yang ada untuk guide aku.”

cinta ku tunggu kepulanganmu

“ Ye la tu.. mengarut je awak ni.”
Syazril Ikmal..member dia panggil ayim..kadang-kadang pemalu..kadang-kadang banyak bercakap mengalahkan aku... maklumlah aku ney memang suka bercakap. Loyar buruk nombor  satu..tapi selama ni yang macam ney la aku mahu.bahagia rumah tangga...hahaha...
Tanpaku sedar aku begitu asyik merenung wajahnya tanpa jemu....
Sehinggalah....
“ sha!”
sebaik sahaja aku mendengar panggilan tersebut aku terus tersedar dari anganku...
“ opocot!!”
“hahaha... awak mengelamun ek? Ke awak tak puas tengok saya?” ujarnya tersenyum simpul.
“ awak ni suka buat saya terkejut tau. Kalau saya ada sakit jantung mesti saya dah mati tau awak.” Aku terus memuncungkan bibirku tanda protes padahal aku malu gila sebab aku melatah...
“ ala comelnya awak buat mulut macam tu.macam mulut kartun pingu. Hahaha.. sorry la awak..”
“awak ni kan, dah la...saya malas cakap dengan awak... benci..”
“ tak pe la.. saya tetap sayang awak walau pun awak benci saya.”
Sebaik sahaja dia berkata demikian aku terus mendiamkan diri. Bukannya apa, denyutan jantungku terasa seperti sedang memecut laju seperti enjin ferrari. Meskipun aku menyintainya aku hanya memendamkan perasaan aku kerana khuatir dia sudah berpunya.
Nanti takut dia melarikan diri dariku.
“ awak bercakap dengan saya ni awak tak takut ke kalau girlfriend awak dapat tahu?”
“ buat apa saya nak takut? Saya bukannya buat apa-apa kesalahan pun. Tapi kalau saya ada girlfriend saya nak yang macam awak. Tak lembut tak kasar. Comel lak tu.. hehe..”
“ awak ni suka main-main la. Awak jangan puji saya lebih-lebih nanti saya masuk tong golek sendiri lak.”
“ masuk tong golek sendiri? Maksud awak?”
“maksudnya...awak cari la sendiri...hahaha... saya tak nak bagi tahu...” then kami terus bla...bla...bla...
Sedang asyik kami bersembang, tiba-tiba... aku terdengar deheman seseorang.. eh..bukan seorang, tapi LAPAN...atoyai malu!!!! Masak aku...
“ amboi korang... romantiknya. Sampai tak sedar kitorang dah ada kat sebelah korang.” Ujar iza.
“ ye la.. pandai ek kau ayim.. aku ajak main kau cakap tak nak. Rupa-rupanya kau nampak sha kat sini. Patut la sanggup tinggal kitorang...” Tambah adif shukri atau kami hanya memanggilnya adif.

Ahad, 19 Jun 2011

cinta ku tunggu kepulanganmu

  Sha! Tolong pass bola tu ke sini....”pinta aisya kepadaku..
Aku terus mengambil bola tersebut dan membalingnya kepada aisya zahra...
  Sha kau tak nak main ke? Jom ar join kitorang..”
“ Tak nak ar aku join korang...better aku duduk je tepi ni tengok korang main...... aku malas main la hari ni..”
“ Weh korang.. dah la. Biar je dia kat situ...dia nak cuci mata la.nak tunggu cik abang datang la tu.... “ sampuk lyna.
“Kau ni mana ada.. menipu je kerja kau...”
“ Ye ke aku menipu? Betul la apa yang aku cakap... kau nak usha ayim kan? Hahaha” tambahnya lagi.
“ Dah pergi main. Nanti makin banyak rahsia aku yang terbongkar...”
“ Tahu takut....”ujar lyna.
Selang beberapa lama kemudian, beberapa orang pemuda sampai... pasti mereka akan bermain di gelanggang sebelah. Kami saling mengenali kerana kami merupakan pengunjung setia FUTSAL SPORTS CENTRE semenjak ianya baru di buka..
Di antara mereka, ada seorang pemuda di kalangan mereka yang telah mengusik tangkai hatiku.. senyuman dan lirikan matanya benar-benar memikat hatiku...
Ayim! Itulah lelaki yang aku minati. Di selalu menegurku dan bersembang denganku sekiranya dia tidak bermain.
“ Sha! Awak tak main ke?”
“Eh! Awak.? Terkejut saya.. bukan nak bagi salam dulu.” Dia terus duduk sebelum menjawab pertanyaanku.
“Assalamualaikum.. awak tak nak main ke?”
“Tak.. hari ini saya letih sikit. Saya datang ni pun sebab nak temankan diorang. Awak tak join member awak ke?”
“ Tak.. saya pun datang sebab diorang yang paksa saya.. tapi untung juga saya datang. Boleh jumpa dengan awak.” Ujarnya sambil tersenyum.
"dah lama kita tak jumpa kan?"

"yupz..dah dekat sebulan saya tak nampak awak join kawan-kawan awak...."ujarnya kembali..