“ Sha! Tolong pass bola tu ke sini....”pinta aisya kepadaku..
Aku terus mengambil bola tersebut dan membalingnya kepada aisya zahra...
“ Sha kau tak nak main ke? Jom ar join kitorang..”
“ Tak nak ar aku join korang...better aku duduk je tepi ni tengok korang main...... aku malas main la hari ni..”
“ Weh korang.. dah la. Biar je dia kat situ...dia nak cuci mata la.nak tunggu cik abang datang la tu.... “ sampuk lyna.
“Kau ni mana ada.. menipu je kerja kau...”
“ Ye ke aku menipu? Betul la apa yang aku cakap... kau nak usha ayim kan? Hahaha” tambahnya lagi.
“ Dah pergi main. Nanti makin banyak rahsia aku yang terbongkar...”
“ Tahu takut....”ujar lyna.
Selang beberapa lama kemudian, beberapa orang pemuda sampai... pasti mereka akan bermain di gelanggang sebelah. Kami saling mengenali kerana kami merupakan pengunjung setia FUTSAL SPORTS CENTRE semenjak ianya baru di buka..
Di antara mereka, ada seorang pemuda di kalangan mereka yang telah mengusik tangkai hatiku.. senyuman dan lirikan matanya benar-benar memikat hatiku...
Ayim! Itulah lelaki yang aku minati. Di selalu menegurku dan bersembang denganku sekiranya dia tidak bermain.
“ Sha! Awak tak main ke?”
“Eh! Awak.? Terkejut saya.. bukan nak bagi salam dulu.” Dia terus duduk sebelum menjawab pertanyaanku.
“Assalamualaikum.. awak tak nak main ke?”
“Tak.. hari ini saya letih sikit. Saya datang ni pun sebab nak temankan diorang. Awak tak join member awak ke?”
“ Tak.. saya pun datang sebab diorang yang paksa saya.. tapi untung juga saya datang. Boleh jumpa dengan awak.” Ujarnya sambil tersenyum.
"dah lama kita tak jumpa kan?""yupz..dah dekat sebulan saya tak nampak awak join kawan-kawan awak...."ujarnya kembali..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan